Welcome!

Contoh Karangan UPSR: karangan tindakan, by nice girl xD-camilia aida-
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur nice girl xD-camilia aida-
Title:karangan tindakan
2011-01-18 02:53
     Pada petang Khamis yang lalu,aku dan adik tinggal berdua di rumah.Ibu dan bapa masih belum pulang dari pejabat.Aku berasa sungguh bosan lalu aku membaca buku di ruang tamu.Adik pula sibuk bermain basikal di luar rumah.Tiba-tiba,aku terdengar adik menangis.Aku terkejut.  
     Aku bergegas keluar rumah untuk melihat perkara yang berlaku.Aku terlihat adik terduduk di halaman rumah.Kelihatan darah mengalir dengan banyak dari lututnya.Rupa-rupanya,adik terjatuh daripada basikal.Aku segera ke sisinya untuk melihat luka itu.Aku terus menenangkan adikku dan memintanya supaya berhenti menangis.  
     Aku memapah adikku memapah masuk ke dalam rumah.Aku membaringkan adikku di atas sofa lalu segera mengambil peti pertolongan cemas.Aku juga mengambil kain buruk dan semangkuk air.Aku mencuci luka di lutut adikku.Luka di lututnya sangat dalam.Selesai sahaja aku mencuci luka adikku,aku menyapu luka itu dengan minyak iodin yang telah sedia ada di dalam peti pertolongan cemas.Walaupun aku telah menyapu minyak iodin pada lutut adik,darah masih mengalir.  
     Aku segera menelefon bapaku tapi talian itu sibuk.Aku mendail nombor telefon ibu pula.Terdengar suara ibu di hujung talian.Aku segera memberitahu ibu apa yang telah berlaku.Ibu kedengaran sangat terkejut.Aku meminta ibu pulang dengan segera.  
     Apabila ibu sampai sahaja di rumah,aku segera memapah adikku yang sedang menahan kesakitan menuju ke kereta.Selepas lima minit perjalanan ke klinik,akhirnya sampai juga.Aku dan ibu memapah adik masuk ke dalam klinik.Selepas mendaftar,aku dan ibu duduk sementara menunggu adik dirawat.Selesai sahaja adik dirawat,kami pulang ke rumah.Luka adik telah dijahit oleh doktor.  
     Sesampai sahaja di rumah,ibu terus menasihati adik.Ibu juga menasihati aku supaya menjaga adik ketika dia sedang bermain.Kini aku sedar,bahawa pengalaman yang dilalui hari ini telah memberi pengajaran kepadaku supaya berhati-hati ketika bermain semasa ibu bapa tiada di rumah. -please comment my essay...Penat saya buat...thn nie saya UPSR.Doakan saya supaya berjaya!!-
 

Submit a comment:

Name