Welcome!

Contoh Karangan UPSR: “ Sayangi Alam sekitar”, by Nurul Syakinah binti Jamaludin (SKA)
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Nurul Syakinah binti Jamaludin (SKA)
Title:“ Sayangi Alam sekitar”
2011-01-16 15:25
Sejambak kasih sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang berusaha barisan hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru besar,guru-guru dan Seterusnya sidang hadirin yang saya hormati. Berdirinya saya di sini pada pagi Yang mulia ini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang bertajuk “ Sayangi Alam sekitar.”  
 
Sidang hadirin yang saya hormati,  
 
Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara.Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara Kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju Dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata pepatah “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Kehidupan manusia banyak bergantung kepada persekitaranya.  
 
Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar akan menjadikan Hidup kita lebih selesa dan bahagia. Sebaliknya, jika alam sekitar tempat di  
kediaman kita kotor,maka kita akan menghadapi pelbagai masalah yang tidak Menyenangkan hidup ini. Alam sekitar yang kotor akan menyebabkan hidup kita terdedah kepada pelbagai penyakit.  
Alam sekitar yang tercemar pula akan menyebabkan udara yang kita hirup dan air yang kita minum dipenuhi dengan pelbagai bahan yang boleh membahayakan tubuh kita. Oleh itu, kita harus sentiasa menjaga supaya alam sekitar kita tidak tercemar.  
 
Hadirin sekalian,  
 
Sekiranya kita membiarkan sampah-sarap tidak dibuang dengan teratur,maka Hidupan seperti tikus,lalat,lipas,dan sebagainya akan membiak.Haiwan-haiwan Ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit yang membahayakan kesihatan Kita. Lalat boleh mengkibatkan kita terkena penyakit taun dan cirit-birit.Tikus  
Pula boleh mengakibatkan demam kancing gigi.Di samping itu, kawasan sekitar yang tidak dibersihkan akan menjadi kawasan tersebut tempat pembiakan nyamuk .  
 
Hadirin yang saya hormati,  
 
Nyamuk adalah punca utama penyakit demam denggi yang telah Mengorbankan banyak nyawa di negara kita. Selain daripada itu,alam sekitar yang tercemar pula menyebabkan kehidupan Kita tidak selesa. Asap yang dihasilkan oleh asap kenderaan dan kilang-kilang Perindustrian menyebabkan udara yang kita sedut telah tercemar. Contohnya, gas    beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, dan jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kita terdedah kepada penyakit barah dan sesak nafas .Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari.Pemanasan global ini telahh mengubah cuaca dan system iklim dunia. Pencemaran air yang diakibatkan oleh pembuangan sisa-sisa kilang,kegiatan penyemburan racun serangga dan rumpai di kawasan perladangan dan tumpahan minyak juga menyebabkan air yang kita minum tercemar.Ini mengakibatkan sungai-sungai tersebut menjadi busuk,hidupan akuatik dan  
tumbuhan akuatik pupus serta menjadi punca pembiakan nyamuk yang  
membahayakan kesihatan penduduk sekitarnya.  
 
Sungai-sungai ini juga terkambus dan menjejaskan sumber ikan air tawar.Pencemaran air juga mengakibatkan bekalan air yang kita gunakan boleh menjejaskan kesihatan. Sebagai bukti,seperti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata,Jepun.Pencemaran toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas,sakit kepala,kabur pengelihatan dan pertuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.Simptom ini disebabkan oleh keracunan raksa ini membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan. Penyakit ini seterusnya dinamakan penyakit Minamata.  
 
Hadirin yang saya hormati,  
 
Jika diteliti memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia  
sendiri.Apabila keuntungan yang tergambar di depan mata,nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan.Yang menyedihkan semua penduduk dunia akan merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia.Tuntasnya,kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar.Kita tidak seharusnya meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan semata-mata.Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita .  
 
Sekian sahaja pidato yang dapat saya sampaikan pada hari ini. Sekian terima kasih.  

 

Submit a comment:

Name