Welcome!

Contoh Karangan UPSR: laporan lawatan sambil belajar ke melaka bandaraya sejarah, by fatin
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor fatin
Title:laporan lawatan sambil belajar ke melaka bandaraya sejarah
2010-04-25 15:11
     Pada hari Sabtu,17 April 2009,seramai 40 orang ahli telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.Lawatan ini diiringi oleh empat orang guru,dengan diketuai oleh Cikgu Mahmud Akrab.

     Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.Selepas kami mendengar taklimat,kami pun bertolak.Satu jam kemudian,kami telah selamat berada di Melaka.

     Tempat pertama kami singgahi ialah Air Keroh.Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dilawati.Kami berasa amat teruja dengan tempat ini.

     Pada pukul 2.15,bas bertolak ke bandar.Guru kami membawa kami melawat beberapa tempat sejarah,antaranya ialah Kota A'Famosa dan Menara Taming Sari.

     Kemudian,bas menuju ke Bandar Hilir.Di situ,kami berpeluang melihat kota,bangunan dan tempat bersejarah.Kami juga dapat membeli belah untuk dijadikan buah tangan.

     Selepas dua jam berlalu,kami pun pulang.Perasaan kami sangat gembira.Kami berharap kami akan dapat pergi ke Melaka lagi.

Laporan disediakan oleh,

         Fatin                                                                25 APRIL 2009

(TENGKU FATIN BUSYRA BT TENGKU NADZION)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.


 

Submit a comment:

Name