Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Akhbar, by Nadia Natasha binti Zainal Arifin
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nadia Natasha binti Zainal Arifin
Title:Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Akhbar
2010-04-24 12:04
Sabtu,12Mei 2008

Pada pukul 8.00 pagi,para peserta lawatan sambil belajar

dikehendaki mendaftarkan diri terlebih dahulu.Seramai 40 orang murid dengan diiringi oleh empat orang guru penasihat Kajian Tempatan menyertai lawatan tersebut.Kami diminta berkumpuldi kantin sekolah untuk diberi taklimat ringkas sebelum bertolak.Lima belas minit kemudian,kami menaiki bas menuju ke sebuah kilang percetakan akhbar.

    

    Pada pukul 10.00 pagi,rombongan kami sampai di kilang tersebut.Kami telah disambut oleh pengurus kilang.Walaupun sambutan tersebut agak sederhana namun kamiberasa gembira dan menghargai jasa baik pihak kilang membenarkan kami melawat kilang mereka.Inilah kali pertama kami dapat melawat kilang mencetak surat khabar.

    Setelah berada di dalam kilang tersebut,kami diberi taklimat tentang sejarah penubuhan kilang percetakan akhbar ini.Peserta lawatan diingatkan dengan langkah-langkahkeselamatan ketka berada di dalam kilang.Ini adalah kerana kilang tersebut dipenuhi dengan mesin-mesin pencetakan.

    Pada pukul 10.45 pagi,kami dibawa melawat ke tempat percetakan akhbar.Banyak ilmu pengetahuan yang kami telah peroleh tantang bagaimana surat khabar dicetak dan diedarkan ke seluruh negara.Kami berada di ruang ini hampir selama dua jam lima belas minit.

    Pada pukul 1.00 petang,kami berasa bertuah kerana telah dihidangkan dengan jamuan ringan.Sebelum acara lawatan berakhir,guru penasihat kami,iaitu Cikgu Zubaidah telah menyampaikan cenderamata kepada kepada pengurus kilang sebagai tanda terima kasih daripada kami semua.Pihak kilang juga telah menghadiahkan senaskhah akhbar harian kepada semua peserta lawatan.

    Pada pukul 3.00 petang,bas kami telah sampai di sekolah.Ini bermaksud aktiviti lawatan sambil belajartelah berakhir.Walaupun lawatan kami hanya sehari tetapi kami berasa seronok dan gembira kerana diberi peluang melawat kilang tersebut.
 

, (2018-06-30 00:08)
sangat baik
 
voon yan xin, (2017-03-26 20:39)
tetapi juga bagus  

 
voon yan xin, (2017-03-26 20:39)
Kenapa tidak ada tujuan?  
ada salah
 
, (2016-10-28 00:55)
很好👍
 
lim zi qin, (2016-08-21 19:36)
karangan ini tidak tujuan lawatan
 
Tan Wei Sen, (2016-07-12 01:33)
Karangan ini sangat baik
 
Submit a comment:

Name