Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Lawatan Ke Pameran Buku, by Nur Izyan Alwani Bt Mat Aji
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nur Izyan Alwani Bt Mat Aji
Title:Lawatan Ke Pameran Buku
2010-04-24 01:13

    Pada cuti penggal yang lalu,bapa telah membawa kami sekeluarga ke pameran buku.Pameran buku itu terletak di Stadium Alor Star Kedah.Tujuan kami ke sana adalah untuk melihat pelbagai jenis buku yang dipamerkan.

    Setibanya saya di tempat pameran itu,saya ternampak orang berduyun-duyun untuk membeli buku.Keadaan di sana riuh rendah.Terdapat pelbagai jenis buku yang dipamerkan seperti novel,buku cerita,majalah dan banyak lagi.

    Saya membaca tajuk buku dan nama penerbit yang terkenal untuk memilih buku rujukan.Bapa saya mengizinkan saya untuk membeli buku rujukan untuk mengulang kaji dan buku cerita untuk mengisi masa lapang.

    Semasa di pameran itu,pelbagai pertandingan yang telah dianjurkan oleh penerbit seperti kuiz,pertandingan mewarna dan banyak lagi.Saya mengambil kesempatan untuk menyertai pertandingan tersebut.Saya telah memenangi hadiah iaitu sebuah novel dan buku rujukan kerana dapat menjawab satu soalan.

    Perkara yang menariknya tentang pameran yang saya kunjungi kali ini adalah ia berbeza dengan pameran yang saya kunjungi sebelum ini.Perbezaannya ialah pameran kali ini lebih menarik dari pameran sebelum ini.Pada pandangan ayah saya iniliah pameran buku yang terbesar yang pernah kami kunjungi.

    Ayah telah mengajak kami pulang.Saya berasa berat hati untuk pulang kerana belum puas melihat buku-buku di pameran ini.Saya berharap boleh datang ke pameran yang lebih hebat lagi
 

Submit a comment:

Name