Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cita-citaku, by Nurul Afeeqah
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Nurul Afeeqah
Title:cita-citaku
2010-04-24 00:48
    Setiap orang pasti mempunyai cita-cita.Ada yang mahu menjadi seorang guru,pereka fesyen,juruterbang,saintis dan banyak lagi.

    

    Sudah lama aku menyimpan cita-cita untuk menjadi ahli astronomi.Aku juga telah memasang niat untuk bekerja di NASA suatu hari nanti.Mungkin tidak ramai kanak-kanak yang ingin manjadi ahli astronomi di luar sana.

    Kedua ibu bapaku tidak pernah menjadi penghalang untuk mancapai cita-citaku.Malahan, mereka sentiasa memberi galakkan padaku.Boleh dikatakan setiap minggu aku akan berkunjung ke kedai buku MPH di Midvalley untuk membeli ensiklopedia tentang astronomi bersama ibu bapaku.

    Aku tidak pernah lokek ilmu untuk berkogsi apa yang telah aku baca.Pada bulan lepas, ibuku telah menghadiahi aku sebuah teleskop sempena ulang tahunku yang ke-12.Setiap malam, aku akan membentangkan tikar di hadapan rumahku untuk melihat bintang dengan mengunakan teleskop.perasaan ingin tahu membuak-buak di hati apabila aku terlihat sesuatu yang agak ganjil.

    Aku tidak pernah ketinggalan untuk menonton dokumentari bersiri 'The Universe'.Aku akan menyediakan sebuah buku nota untuk mencatit apa yang telahku ketahui dalam siri tersebut.

    Aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.Itulah janjiku pada diri agar dapat menjadi ahli astronomi yang berjaya.Aku harap lebih ramai lagi kanak-kanak bercita-cita seperti aku.
 

Submit a comment:

Name