Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Tahunan Kelab Bahasa Inggeris , by Ting Mee Yiin
Contoh Karangan UPSR
Name:Ting Mee Yiin
Title:Laporan Tahunan Kelab Bahasa Inggeris
2009-02-27 00:12

Laporan Tahunan Kelab Bahasa Inggeris 2008

Pengerusi             : Christopher Ling

Naib Pengerusi     : Charles Ling

Setiausaha            : Ting Mee Yiin

Bendahari            : Ming Jie

AJK                     : Donald Ling
                            : Ting Zhao Sing

Guru Penasihat    : Law Hock Siong

Pada tahun 2008, Kelab Bahasa Inggeris memiliki ahli seramai 88 orang, terdiri daripada:
50 murid Tahun 6,
30 murid Tahun 5, dan
8 orang murid Tahun 4.

Misi kelab kami adalah untuk meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris, di samping meningkatkan minat murid-murid dalam bahasa ini.

Kelab kami mengadakan perjumpaan dari pukul 9.30 hingga 11.00 pagi setiap Hari Sabtu di Bilik Audio-Visual #2 Sekolah. Pelbagai permainan bahasa seperti Scrabble, Lingo, Crossword diadakan untuk ahli kelab. Ahli kelab juga digalakkan bermain Permainan English Games di http://upsr.net/

Setiap minggu pertama dalam suatu bulan, kami juga mengundang penceramah dari luar, termasuk pengerusi Toastmaster Central, pakar bahasa dan pensyarah kolej. Mereka menyediakan topik-topik menarik untuk pengetahuan ahli kepab.

Pada 8 Ogos 2008, kelab kami juga mengadakan pertandingan syarahan dan pertandingan menyanyi dalam Bahasa Inggeris. Pertanding tersebut dibuka kepada semua murid sekolah.

Pada 11 September iaitu, selepas ujian UPSR 2008, rombongan lawatan sambil belajar ke suratkhabar Borneo Post telah diadakan.

Kami mengalu-alukan kedatangan kamu untuk menjadi Ahli Kelab Bahasa Inggeris.

Disediakan oleh,                                                    10 November 2008

 

____ =P ________

(TING MEE YIIN)
Setiausaha,
Kelab Bahasa Inggeris,
SJK Ek Thei Sibu.
 

Submit a comment:

Name