Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Usaha Tangga Kejayaan, by Nur Farhah Wahidah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang Nur Farhah Wahidah
Title:Usaha Tangga Kejayaan
2010-04-23 23:15
         Kini,Amin sudah diiktiraf sebagai tokoh usahawan muda negara.Jenama syarikat miliknya,"Amal Kifayah" pula sudah terkenal di persada negara.Jenama ini juga sudah menembusi pasan Asia Tenggara dan negara-negara Arab

         Memang dia tidak pernah menduga kerjayanya akan sampai ke tahap ini.Sedekad yang lalu,dia hanyalah penganggur jalanan.Itulah padahnya selalu ponteng sekolah.Belajar pun malas.Jadi,dengan kelulusan SPM gred tiga,tiada syarikat atau agensi kerajaan yang mahu mengambilnya bekerja.

         Ketika itu,hanya suatu peluang yang ada;menjadi budak cuci kereta.Namun begitu,dia tidak lama di situ.Berbekalkan sedikit wang simpananya,dia mulai memelihara ayam kampung.Itupun secara kecil kecilan.

         Akan tetapi,permintaan terhadap ayam kampung sangat tinggi.Dari situlah dia mengorak langkah membesarkan perusahaannya.Dia mulai mendapat kepercayaan Bank Pertanian yang sanggup meminjamkan wang puluhan ribu ringgit untuk membantunya menjadi usahawan.

         Ayam kampungnya diberi makanan istimewa bercampur "Habbatus Sauda".Pihak jabatan haiwan pula sering berkunjung untuk memastikan kebersihan dan kesihatran ternakannya. Lebih lebih lagi, kesemua pekerja syarikatnya penganut agama yang warak.

         Namun begitu, dia tidak pernah lupa diri.Ternyata,sifat takwa manjadikan dirinya merendah diri,gigih, serta dermawan. Kini,hidupnya tenang dan bahagia sentiasa.


 

Submit a comment:

Name