Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Tersesat Di Dalam Hutan, by Nor Nadhirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Nor Nadhirah
Title:Tersesat Di Dalam Hutan
2010-04-23 02:15
             Pada minggu lepas,saya bersama 4 orang kawan saya Erfa,Shazie,Ieza dan Aiza pergi ke pinggir hutan untuk menangkap rama-rama.

             Kami menangkap rama-rama untuk dijadikan kajian dalam matapelajaran Sains.Untuk menangkap rama-rama,saya membawa jaring.Erfa dan Aiza pula membawa botol manakala Shazie dan Ieza membawa plastik untuk meletakkan rama-rama.

             Kami leka melihat beberapa rama-rama yang beraneka warna.Tanpa disedari,kami telah berada di tengah hutan.Rupa-rupanya kami tersesat dan kami tidak tahu jalan untuk balik.Rama-rama yang kami kejar tadi sudah tiada.

             Hari semakin gelap,kami berasa sangat takut.Kami menjerit-jerit meminta tolong tetapi tiada seorang pun yang mendengar jeritan kami.Kami berasa letih lalu kami duduk dan berehat di sebatang pokok yang besar.Semasa kami berehat,pelbagai bunyi yang menakutkan kami dengar seperti bunyi anjing yang menyalak dengan sayup,bunyi burung hantu dan bunyi seperti orang menjerit dan mangilai-ngilai.

                Tiba-tiba,kami terdengar bunyi salakan anjing dan jeritan yang memanggil nama kami.Kami pun menyahut panggilan itu.Itu adalah suara ayah kami,beberapa orang kampung dan beberapa pihak polis datang untuk mencari dan menyelamatkan kami.

                Kami berasa lega dan gembira kerana dapat keluar daripada hutan itu.Kami berjanji tidak akan menangkap rama-rama- di tepi pinggir hutan lagi.
 

Submit a comment:

Name