Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Tempat-Tempat Bersejarah, by Fatin Nur Athirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang Fatin Nur Athirah
Title:Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Tempat-Tempat Bersejarah
2010-04-22 22:05
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Tempat-Tempat Bersejarah

    Pada hari Rabu,tanggal 12 Mei 2010,Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah di Melaka.42 orang murid dan lima orang guru yang menyertai lawatan tempat bersejarah tersebut.

    Tujuan lawatan agar murid-murid akan mendapat banyak pengalaman semasa menyertai lawatan di Melaka.Tapak bersejarah yang pertama dikunjungi ialah Kota A'Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis dan telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.Kota A'Famosa terletak di Bandar Hilir,Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St.Paul.Kota A'Famosa merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

    Selepas melawat Kota A'Famosa,ahli Persatuan Kajian Tempatan melawat ke Istana Kesultanan Melaka yang terletak di Kaki Bukit St.Paul.Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986.Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kepingan kayu berlian.Pembinaanya bercirikan seni pertukangan Rumah Melayu di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.

    Semua ahli persatuan amat gembira apabila melawat ke tempat-tempat menarik tersebut.Kemudian,mereka ke Taman Mini Malaysia yang terletak di Ayer Keroh,Melaka bersebelahan dengan Taman Mini Asean.Taman ini merupakan sebuah kompleks tema yang mengagumkan bagi membolehkan pengunjung melibatkan rumah-rumah tradisional dari kesemua 13 negeri di Malaysia dari Sabah hingga Perlis dengan hanya satu lawatan.Kompleks ini memaparkan rumah-rumah bersaiz sebenar yang asli.Rumah-rumah ini dibina oleh pembina yang pakar.Setiap rumah telah dilengkapi dengan elemen yang berkaitan,ditambah dengan keaslian yang menjadikan rumah tersebut mempunyai nilai tradisi yang tersendiri.

    Lokasi terakhir yang dikunjung oleh ahli Persatuan Kajian Tempatan ialah Pantai Tanjung Bidara yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah ini merupakan pantai perkelahan di negeri Melaka.Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan utama Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta,padang permainan kanak-kanak,surau,medan selera,tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.

    Sebelum pulang,ahli persatuan juga tidak melepaskan peluang ke Bndar Hilir ,Melaka membeli cenderamata untuk kenang-kenangan dari negeri Melaka.Bandar Hilir merupakan sebuah kawasan pelancongan di Melaka.Kawasan ini terletak di dalam dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Bandar Kaba dan Melaka Raya.Semua ahli persatuan dan guru-guru pulang ke sekolah dalam keadaan selamat dan gembira.

    


 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name