Welcome!

*|*2*|*Contoh Karangan UPSR: Bercuti Di Langkawi, by Muhammad Farhan Bin Kamarudin
Contoh Karangan UPSR
Name:Muhammad Farhan Bin Kamarudin
Title:Bercuti Di Langkawi
2011-01-12 20:20
Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi. Kami bercuti selama 4 hari di sana.      
 
        Setelah tiba kami sekeluarga pun mencari sebuah hotel untuk menginap.Pada sebelah petang kami sekeluarg pun ke tempat untuk menaiki kereta kabel. Di dalam kereta kabel kami dapat menghirup udara yang segar dan nyaman.      
 
        Pada sebelah malam pula, kami pergi ke sebuah kedai coklat yang dikenali ramai iaitu Haji Ismail Group. Setelah penat kami pun pulang ke hotel yang kami menginap.      
 
        Keesokan harinya, kami pergi ke Makam Mahsuri. Disana terdapat pelbagai kazanah yang dimiliki Mahsuri.Selepas itu, kami sekeluarga pergi ke Dataran Lang yang selalu dikunjungi ramai.      
 
        Akhir sekali, kami pergi ke tempat yang dikenali sebagai Beras Terbakar. Di sana saya dan keluarga dapat melihat orang yang membuat hajat lalu mencampakkan duit syiling, yang dikatakan sebagai tempat untuk meminta sesuatu.      
 
        Setelah selama 4 hari kami tinggal di sana, saya berasa sangat sedih kerana terpaksa pulang ke Pulau Pinang. Itulah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan...  

 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name