Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cerita pendek, by Luvaasheree
Contoh Karangan UPSR
Name:Luvaasheree
Title:cerita pendek
2011-01-08 15:46
    Semasa Haikal berusia tujuh tahun, dia mempunyai masalah lambat dan sukar menguasai kemahiran membaca. Haikal tidak dapat membaca dengan lancar seperti rakan-rakannya yang lain itu. Kadang kala Haikal ditertawakan oleh rakan rakan sekelasnya. Namun begitu, dia tidak pernah berputus asa. Haikal berazam untuk belajar membaca sehingga lancar. Setiap hari, dia akan membuka buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak.  
 
            Lama kelamaan Haikal dapat membaca buku dengan lancar, akhirnya dia berjaya menguasai kemahiran membaca dengan baik. Sejak hari itu, rakan-rakannya tidak lagi mentertawakannya. dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberinya kekuatan dan semangat untuk terus berusaha sehingga berjaya. Kini, Haikal telah bergelar mahasiswa di Universiti Utara Malaysia. Dia berazamuntuk menjadi seorang jurutera yang berjaya.  
          

 

Submit a comment:

Name