Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Surat kiriman tidak rasmi(Pengalaman semasa cuti sekolah), by Norkhairiyah Binti Lattif
Contoh Karangan UPSR
Name:Sarawak Norkhairiyah Binti Lattif
Title:Surat kiriman tidak rasmi(Pengalaman semasa cuti sekolah)
2011-01-08 02:56
                                                                         Norkhairiyah bt. Lattif  
                                                                            Lot.1253 jalan Kampung  
                                                                                Hijrah Jaya jalan  
                                                                                 SMK Belaga 96900  
                                                                                         Belaga  
                                                                                  
                                                                                    8 Jan 2011  
 
Kehadapan saudari Jessicca Leak yang berada di Punan Bah,Belaga.Semoga sihat wal afiat di samping keluargamu dan saudara-saudaramu di sana.Saya di sini sihat wal afiat walaupun sibuk dengan sekolah dan kerja rumah.  
Saudari yang saya hormati,      
     Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan tentang pengalaman saya semasa cuti sekolah yang lepas.  
Saudari,  
     Semasa cuti sekolah saya yang lepas,saya dan keluarga saya bercuti ke Sibu.Perjalanan dari Belaga ke Sibu memakan masa selama 9 jam.Jadi kami pun singgah di Bintulu iaitu sebuah bandar yang terletak berdekatan dengan Miri,Sarawak.Kami berada di Bintulu selama 2 hari.Selepas 2 hari,kami sekeluaraga pun berangkat ke Bintulu.Perjalanan dari Bintulu ke Sibu memakan masa 4 jam.Sepanjang perjalanan ke Sibu,saya dapat melihat pokok-pokok,tasik-tasik dan bukit-bukau.  
     Kadang-kadang, kami berhenti di tempat rehat awam yang disediakan.Walaupun bosan menunggu di kereta tapi saya tetap seronok kerana suasana sepanjang perjalanan sangat indah dan cantik belaka.Selepas berjam-jam menunggu,kami pun sampai ke Sibu.Suasana di Sibu sangat bising dengan kenderaan yang banyak, penduduk yang padat dan pusat membeli-belah yang banyak.Kami menginap di sebuah hotel bernama Hotel Sarawak.  
     Selepas beberapa hari di Sibu kami pun berangkat pulang ke Belaga.Sebelum meneruskan perjalanan ke Belaga,kami sekali lagi singgah di Bintulu.Semasa berada di Bintulu,kami meluangkan masa pergi ke pantai dan membeli belah.Selepas sehari berada di Bintulu ,akhirnya kami pun berangkat pulang balik ke Belaga.  
     Ini sahaja yang dapat saya tulis di surat ini.Kirimkan salam saya kepada saudara Peter Lingu,saudara Patrick Jayang dan yang lain-lain.Saya berharap kamu dapat membalas surat yang saya tulis ini.Sekian,terima kasih.  
 
                                                                                Sahabat karibmu,  
                                                                     Norkhairiyah bt.Lattif  
 
 

 

, (2016-08-06 00:50)
Omg pls buamg ni. Malu btol.
 
Submit a comment:

Name