Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Gotong-royong di Sekolah Saya, by ayu smilez
Contoh Karangan UPSR
Name:ayu smilez
Title:Laporan Gotong-royong di Sekolah Saya
2011-01-06 22:34
             Pihak Sekolah Kebangsaan Seri Biram telah mangadakan gotong-royong pada bulan lepas.Gotong-royong itu berlangsung pada hari Sabtu,5 Februari 2011.Aktiviti tersebut bermula pada pukul 8:30 pagi.  
             Persekitaran sekolah merupakan lokasi utama gotong-royong ini.Antaranya termasuklah kawasan padang dan taman sekolah.Selain itu,bangunan sekolah juga turut menjadi sasaran aktiviti ini.  
             Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini.Pesertanya pula terdiri daripada ibu bapa,guru serta murid.Disamping itu,pihak belia juga turut menyumbang tenaga.  
             Tujuan utama gotong-royong ini adalah untuk menceriakan sekolah.Hal ini kerana pihak sekolah memasuki pertandingan keceriaan peringkat daerah.Selain itu,persekitaran yang ceria dapat membentuk suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif.  
             Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena gotong-royong itu.Antaranya,menanam pokok bunga dan pokok naungan, membersihkan padang,serta mengecat pagar sekolah.Disamping itu.peserta juga telah membina kolam ikan dan taman herba.  
             Gotong-royong pada kali ini begitu lancar dan meriah sekali.Persekitaran sekolah pula begitu anggun dan ceria.Sebelum pulang para peserta gotong-royong menikmati jamuan di kantin sekolah.  
 
                                                                                    20 FEBRUARI 2011  
 
 
 
I Hope You Allz Like This Essay :)
 

Submit a comment:

Name