Welcome!

Contoh Karangan UPSR: tindakan kehilangan adik semasa mengunjungi pasaraya, by Azmiera Aliah Syuhada
Contoh Karangan UPSR
Name:Perak Azmiera Aliah Syuhada
Title:tindakan kehilangan adik semasa mengunjungi pasaraya
2010-04-17 15:31
    Pada hari Sabtu yang lalu, aku dan adikku ,Aiman mengunjungi sebuah pasaraya.Disebabkan hari itu hari hujung minggu, jadi terdapat ramailah orang ingin membeli belah di pasaraya tersebut. Aku dan adikku mahu membeli barang dapur untuk ibu. Ibu kami sakit jadi dia tidak dapat ke pasaraya dan tugas itu terpaksa diserahkan kepada kami.

    Kami ke bahagian minyak masak. Senarai-senarai barang ada di kertas kecil yang diserahkan ibu pagi tadi. Aku bertanya kepada adikku mahu membeli yang mana satu. Tetapi soalan itu tidak dijawab. Aku bertanya sekali lagi. Masih tiada jawapan. Aku menoleh kebelakang. Adikku hilang. Lenyap di mataku.

     Tindakan pertamaku semetinya adalah mencarinya di sekitar kawasan pasaraya. Tidak ditemui langsung. Aku mula gelisah.

     Tindakanku kedua, menanya orang ramai sambil mengeluarkan sekeping gambar adikku. Semua tidak nampak akan diri adikku. Aku mula tertanya-tanya.

     Tindakanku yang terakhir, ke kaunter pertanyaan. Di situ terdapat dua orang wanita yang berseragamkan uniform berwarna hijau. Selepas aku menceritakan apa yang sudah terjadi, salah seorang dari wanita itu memberikan satu pengumuman. Aku semakin cemas.

        Tidak sampai beberapa minit, adikku berlari ke arahku sambil menangis. Aku mengeluarkan sehelai tisu lalu mengesat air matanya. Aku berterima kasih ke arah wanita itu kerana menolongku. Wanita itu tersenyum dan membalas, sama-sama.

        
 

Submit a comment:

Name