Welcome!

Contoh Karangan UPSR: pengalaman yang tak dapat dilupakan, by ain syakirah
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang ain syakirah
Title:pengalaman yang tak dapat dilupakan
2010-12-21 17:56
     Pada cuti sekolah yang lalu ,sekolah kami telah mengadakan satu rombongan ke Bukit Merah Laketown Resort.Lawatan itu disertai seramai 40 orang murid.  
 
     Aktiviti yang pertama ialah,berkumpul di kantin sekolah.sementara itu guru besar memberi taklimat kepada kami.Selepas guru    besar memberi taklimat,bas pun tiba di sekolah.Kami menuju ke dalam bas lalu duduk di tempat yang diatur oleh guru.  
 
     Selepas itu kami meletakkan barang di dalam bas.Semasa kami tiba di Bukit Merah Laketown Resort,kami berehat sementara.Selepas berehat,kami melawat ke Pulau Orang Utan.Kami kesana dengan menaiki sebuah bot.  
 
     Semasa tiba di Pulau Orang Utan,kami telah dilayan oleh Kakak Diana.Kakak Diana menunjukkan beberapa ekor orang utan yang sedang bergayut,bermain dan juga yang sedang bermain air.Selepas melawat ke Pulau Orang Utan,kami telah pergi bermandi-manda di kolam.  
 
     Selepas    bermandi manda,kami membersihkan diri seperti memakai baju yang bersih dan menyikat rambut dengan kemas.Selepas itu kami pulang ke sekolah semula.  
 
     Itulah kenangan    yang manis tidak dapat saya lupakan.Saya berharap agar dapat mengikuti rombongan sebegini.      

 

Submit a comment:

Name