Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Perpustakaan Sekolah Saya, by Kishanteny Ramesh
Contoh Karangan UPSR
Name:Melaka Kishanteny Ramesh
Title:Perpustakaan Sekolah Saya
2010-12-18 20:04
                    Perpustakaan sekolah saya  
 
             Kita dapat melihat banyak tempat yang bermulia dan berguna kepada kehidupan manusia.Di dunia yang indah dan dipenuhi dengan flora dan fauna ini,semua sekolah akan mempunyai sebuah perpustakaan.Begitu juga dengan sekolah saya.Sekolah saya juga mempunyai sebuah perpustakaan.  
             Perpustakaan ialah salah sebuah tempat yang digelar 'sebagai perpustakaan dipagari buku.'Perpustakaan sekolah saya sangat besar,selesa untuk duduk dan sentiasa bersih.Perpustakaan sekolah saya juga mempunyai beberapa buku rak mengikuti mata pelajaran tersebut.  
             Di situ juga mempunyai pengawas perpustakaan dan mereka akan sentiasa menyusunkan buku-buku di rak buku masing-masing.Kita perlu meminjam buku yang dikehendaki di perpustakaan dan juga memulangkan buku tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.Kalau kita tidak membawa buku yang telah dipinjam atau tidak mematuhi peraturan perpustakaan,kita akan didenda oleh guru perpustakaan.  
             Setiap hari,pelajar-pelajar akan pergi ke perpustakaan untuk menjadi pelajar yang otak cair.Semua pelajar di sekolah saya berakal panjang kerana para pedidik membawa pelajar-pelajar ke perpustakaan.Di situ,terdapat pelbagai jenis bahan bacaan.Antaranya ialah,buku cerita,majalah,novel,buku rujukan dan seumpamannya.  
             Kalau kita membaca di perpustakaan,kita boleh dapat menenangkan fikiran kita kerana suasana di situ sentiasa senyap.Kita juga boleh mengasah otak kita.Kalau kita membaca buku-buku yang penting dalam pelajaran,kita boleh mengelakkan kita dari bercakap dalam bahasa pasar.Dengan membaca buku,ia akan menambah perbendaraan kata kita.Ia akan membantu kita untuk menghasilkan karangan yang bermutu tinggi.  
             Tempat yang begitu mulia tentu dijaga dengan cara yang sangat baik kerana tempat seperti itu akan meluaskan ilmu pengetahuan semua orang.Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab,saya tidak akan mengotorkan dan saya juga mematuhi peraturan yang ditetapakan di tempat yang mulia seperti ini.
 

Submit a comment:

Name