Welcome!

Contoh Karangan UPSR: 'Nasi sudah menjadi bubur', by guneswari
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor guneswari
Title:'Nasi sudah menjadi bubur'
2010-12-16 19:14
    Maksud peribahasa "Nasi sudah menjadi bubur" membawa maksud sesuatu kerosakan yang tidak dapat diperbetulkan lagi.Kisah Evan dapat dijadikan sebagai teladan bagi semua golongan manusia terutamanya kanak-kanak dan remaja.  
    Ewan seorang murid yang malas belajar dan mengulangkaji pelajarannya.Dia mendesak ayahnya untuk membelikannya motosikal.Lama-kelamaan,Ewan tidak suka mendengar nasihat ibu bapa,guru-gurudan rakan rakannya.  
     Ewan juga suka bergaul dengan budak-budak nakal.Dia suka membuat kerja-kerja negatif seperti merokok,mencuri dan merempit.  
     Pada suatu malam,satu perlumbaan haram telah diadakan.Ewan nakal dan hendak menyertainya.Apabila wisel ditiup,Ewan memecut motorsikal dengan laju kerana hendak menang.  
    Setelah tiba di selekoh tajam,dia tidak dapat mengawal motorsikalnya lalu terlanggar sebuah lori barang yang datang bertentangan.Ewan mengalami kecederaan teruk di seluruh badan dan kepala.  
    Kemudian,dia dimasukkan ke hospital yang berdekatan.Ewan mulai insaf tetapi "Nasi sudah menjadi bubur"  
 

 

Submit a comment:

Name