Welcome!

Contoh Karangan UPSR: cara-cara menjadi murid cemerlang, by fatini
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis fatini
Title:cara-cara menjadi murid cemerlang
2010-04-12 23:29
            Semua orang inginkan kejayaan.Kejayaan tidak akan datang menggolek dengan begitu sahaja.Semua orang tidak akan mendapat kecermelangan,oleh sebab itu kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan.

            Salah satu cara ingin menjadi murid cemerlang ialah memberi tumpuan semasa di sekolah atau apabila guru memberi penerangan.Apabila guru mengajar,kita perlu memberi tumpuan dengan sepenuhnya.Apabila ada masa senggang,kita harus mengisi masa itu dengan belajar,membaca buku dan lain-lain.Yang pasti kita perlu menghabiskan masa yang lapang dengan perkara yang berfaedah.

            Selain itu,kita juga mesti belajar di rumah dan menyediakan jadual harian waktu belajar di rumah.Kita tidak seharusnya mengulang kaji di sekolah sahaja,malahan di rumah juga,kita dapat mengulang kaji matapelajaran yang lemah atau memantapkan lagi ilmu pengetahuan.Janganlah kita berputus asa jikalau kita tidak mendapat markah yang tinggi pada peperiksaan kerana gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.

            Selain itu,dengan menghadiri kelas tambahan juga dapat membantu meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu mata pelajaran.Hal ini demikian kerana masa belajar dapat dipertingkatkan dan mendapat bimbingan tambahan daripada guru-guruyang berpengalaman dan mahir dalm mata pelajaran tersebut.

            Penjagaan kesihatan juga perlu diutamakan.Kita hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang supaya sentiasa sihat.Selain itu,kita mesti menjauhkan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan dan minuman bergas.Penjagaan kesihatan ini perlu disertai dengan bertawakal kepada Tuhan agar dijauhkan daripada segala penyakit.

            Kesimpulannya,untuk menjadi pelajar cemerlang,kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang terancang dan displin.Malah selepas sudah berusaha,kita perlu bertawakal kepada Tuhan,agar segala usaha yang dilakukan akan mendatangkan hasil yang cemerlang.
 

varshni , (2016-04-17 22:55)
very nice essay  

 
, (2016-01-30 18:50)
ilike  

 
Submit a comment:

Name