Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kegunaan pokok pisang, by u.shamita
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan u.shamita
Title:kegunaan pokok pisang
2010-04-12 01:56
Terdapat pelbagai pokok di dunia ini.Salah satu daripadanya ialah pokok pisang.Kita boleh lihat banyak pokok pisang di pinggir hutan dan kawasan belakang rumah.

Pokok pisang berguna kepada manusia.Pokok pisang istimewa

kerana semua bahagiannya berguna.

Salah satu daripadanya ialah daun pisang.Daun pisang boleh digunakan sebagai bungkusan makanan.Makanan akan berasa lebih enak jika dimakan di atas daun pisang.Orang India akan menggunakan daun pisang semasa upacara keagamaan.

Di samping itu,jantung pisang juga berguna.Jantung pisang berwarna ungu dan boleh dimasak gulai.Batang pokok pisang mengandungi khasiat perubatan.

Selain itu,buah pisang mengandungi khasiat seperti vitamin E.Manusia menggunakan buah pisang sebagai bahan makanan.Umpamanya,pisang goreng,kek pisang,jem perisa pisang dan sebagainya.

Seterusnya,kulit pokok pisang berguna kepada manusia.Manusia akan mengupas kulit pokok pisang dan mengambil gentian.Gentian itu digunakan untuk membuat kalungan bunga.

Terdapat banyak kegunaan pada pokok pisang.Oleh itu,kita mestilah menghargai pokok pisang dan tumbuh-tumbuhan lain.
 

Submit a comment:

Name