Welcome!

*|*1*|*Contoh Karangan UPSR: "GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG", by TASINI VIJAYAN[6K]
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor TASINI VIJAYAN[6K]
Title:"GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG"
2010-04-10 21:55
     Peribahasa "Genggam bara api biar sampai jadi arang",bermaskud kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan sabar sehingga kita berjaya melaksanakan.

     Peribahasa ini melatih kita supaya berusaha tanpa jemu sekiranya mahu berjaya.Walaupun kita menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan dalam melaksanakan pekerjaan itu,kita seharusnya berusaha dengan gigih.

        Peribahasa ini hampir sama maskudnya dengan peribahasa"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkul lengan",yang menyuruh kita supaya cekai dan berusaha sehingga berjaya.

         Kita seharusnya sedar bahawa apa-apa kejayaan tidak dapat diperoleh dengan mudah.Oleh sebab itulah,kita mesti berusaha dengan bersunggah-sunggah sehinggalah kita mencapai kejayaan yang diingini.

         Misalnya,kejayaan M.Mahendran dan Muhammad Muqarrabin yang menepuh pelbagai rintangan untuk sampai ke puncak gunung yang tertinggi di dunia,iaitu Gunung Everest.

         Justera,kita hendaklah menjadikan peribahasa peribahasa ini sebagai budaya dalam kehidupan supaya kita tidak akan berputus asa selagi tidak mencapai kejayaan yang diingini.
 

Today's readers:
...
Total readers:
...
Today's XP:
...
Total XP:
...
Suhu :
...
Submit a comment:

Name