Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Demam Denggi, by
Contoh Karangan UPSR
Name:U.K.
Title:Demam Denggi
2010-04-08 20:59
                    Penyakit demam denggi mula dikesan di Malaysia pada tahun 1902.Bagaimanapun jenis demem denggi yang serius, iaitu demam denggi berdarah mula dilaporkan di negara ini pada penghujung tahun 1962.Kebanyakan kes demam denggi yang dilaporkan berlaku di kawasan bandar dan pinggir bandar.

                    Demam denggi merebak melalui jangkkitan yang di bawa oleh nyamuk aedes.Nyamuk aedes lazimnya menggigit manusia pada awal pagi dan lewat petang.Nyamuk ini dikatakan dapat membiak di sekitar rumah, di dalam bekas yang menakung air seperti perangkap semut, pasu bunga, kolah, saluran air hujan, dan bekas-bekas seumpamanya.

                    Pelbagai langkah yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk mencegah penyakit demam denggi.Pemeriksaan dari rumah ke rumah contohnya,diadakan bertujuan untukmemastikan kawasan kediaman    bebas daripada pembiakkan nyamuk.Program kesedaran turut diadakan melalui pendidikan serta langkah pencegahan dan kawalan, selain mustahaknya penyakit demam denggi dikesan pada peringkat awal untuk menyelamatkan nyawa.Selain itu, kempen kesedaran melalui media elektronik turut di lakukan untuk meningkatkan kesedaran rakyat.Langkah semburan asap juga kerap dijalankan di kawasan yang banyak berlaku kes demam denggi.

                    Kerjasama rakyayt amat penting dalam menentukan kejayaan kempen pencegahan demam denggi.Rakyat harus sentiasa berwaspada serangga punca penyakit ini dan melakukan segala usaha yang perlu untuk membasmi penyakit tersebut.
 

Submit a comment:

Name