Welcome!

Contoh Karangan UPSR: peristiwa yang tidak dapat dilupakan, by husnina
Contoh Karangan UPSR
Name:N. Sembilan husnina
Title:peristiwa yang tidak dapat dilupakan
2010-04-06 21:44
         Kejadian itu berlaku ketika aku berumur 12 tahun.Lebih kurang pukul 8.30 pagi,aku berbasikal ke sekolah kerana ada latihan bola sepak.Oleh sebab agak terlewat,aku mengayuh basikal dengan laju.Tiba di persimpangan jalan,brek basikalku tidak berfunsi lalu aku terbabas ke dalam longkang.

         "Aduh!"Aku menjerit kesakitan.Beberapa orang yang berada di warung di seberang jalan datang mendapatkan aku.Aku dipapah keluar.Mereka mengelap darah yang mengalir di tangan,siku,dan bahuku.Aku berasa ada sesuatu yang tidak kena pada kaki kananku kerana berasa amat sakit.Aku tidak berdaya untuk bergerak.

            kemudian,seorang pemuda menghantar aku ke hospital yang berhampiran dengan menaiki keretanya.Tiba di hospital,aku dimasukan ke bilik x-ray.Ternyata,kaki kananku patah.Aku diberi rawatan segera oleh pegawai perubatan.Luka di tanganku dijahit kerana ada sedikit kesan terkoyakluka-luka kecil di bahagian siku,lengan,hidungdan bahu disapu dengan ubat luka.Selepas itu,aku dimasukan ke dalam wad.Ibu bapaku tiba selepas dihubungi oleh pihak hospital.

            Hampir seminggu aku terlantar di wad akibat kemalangan tersebut.guru-guru dan rakan-rakan turut datang melawatku di hospital.aku tidak banyak bergerak kerana kaki kananku disimen dan digantung.Badanku masih sakit-sakit

lagi kesan daripada kemalangan itu.Walaupun begitu,aku mampu berbual-bual dengan mereka.

            Seterlah dibenarkan pulang ke rumah,aku dinasihatkan agar menjalani rawatan di rumah.Ayah dan ibuku membantu aku berjalan-jalanmenggunakan topang.Setiap hari.aku akan berjalan perlahan-lahan untuk memulihkan funsi kakiku semula.Simen yang membaluti kaki telah dibuang,namun aku dinasihati agar tidak banyak bergerak atau melakukan aktiviti yang berat.

             Kini,hampir dua tahun berlalu,namun kejadian itu masih terpahat kukuh dalam memoriku.Kejadian itu menginsafkan diriku agar lebih berhati-hati ketika berbasikal.Aku tetap bersyukur kerana masih dipanjangkan umur.
 

Submit a comment:

Name