Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Pengalaman Bercuti, by Noor Haida
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor Noor Haida
Title:Pengalaman Bercuti
2010-04-06 01:04
                Pada musim cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga pergi bercuti di pantai Port Dikson.Saya bertolak dari rumah pada pukul 9 pagi.Saya pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah.

                

                Tepat pada pukul 11 pagi,saya dan keluarga tiba di pantai Port Dikson.Tanpa berlengah lagi kami terus menurunkan barang keperluan semasa di pantai.Kami juga bersiap sedia untuk melakukan aktiviti masing-masing.

                Ayah sedang memasang khemah untuk penginapan satu malam.Ibu pula sedang menyiapkan makan untuk kami sekeluarga.Abang saya sedang bermain papan luncur dengan riangnya.Kakak hanya main-main air di tepi pantai sambil tersenyum girang.Saya pula sedang berenang bersama adi tersayang.

                Pada malam tersebut kami sekeluarga duduk di sekeliling unggun api sambil menyanyi lagu dengan seronoknya.Pada malam itu juga kami ikan bakar yang dipancing oleh abang.Apabila sudah larut malam kami sekeluarga masuk tidur.

                Keesokan harinya kami bangun awal dan makan sarapan pagi yang telah disediakan olaeh ibu.Seterusnya kami melakukan aktivi masing-masing seperti berenang,membina istana pasir,meluncur dan lain-lain.

                Apabila sudah penat bermain,kami sekeluarga bercadang untuk pulang ke rumah.Kami sekeluarga berasa gembira dan seronok.Harapan kami sekeluarga supaya dapat pergi bercuti pada cuti yang akan datang.
 

Submit a comment:

Name