Ahad 21 Mac 2010.
6:30 pagi: Bangun dan bersolat subuh bersama keluarga.Ibu
telah menyediakan sarapan pagi.Saya dan keluarga
telah bersarapan bersama
8:30 pagi: Saya telah menolong ibu di dapur mencuci pinggan
dan mangguk.Saya telah mengemas rumah seperti
menyapu,mengelap dan menyidai pakaian di ampaian.
10:30 pagi: Ayah telah menghantar saya ke kelas tuisyen.
Di kelas tuisyen saya belajar subjek Bahasa
Melayu,Bahasa Inggeris,Sains dan Matematik.Kelas
tuisyen ini penting sebagai persediaan awal
untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
2:30 petang: Saya dan keluarga berehat di ruang tamu.Ayah
dan saya telah membaca majalah dan suratkhabar.
Manakala ibu telah menjahit baju.Semasa berehat,
ayah telah menasihatkan saya agar belajar
bersungguh-sungguh dan mengejar cit-cita
sehingga berjaya.
8:00 malam: Pada waktu malam,saya telah mengulang kaji
pelajaran.Ayah dan ibu telah duduk bersama ketika
saya mengulang kaji pelajaran.Ayah telah
membantu saya mengulang kaji pelajaran dan
menyelesaikan kerja sekolah bagi subjek Bahasa
Melayu.Ketika belajar,ibu telah menyediakan
minuman untuk saya.
11:00 malam: Saya pergi ke bilik tidur untuk melelapkan
mata.Sebelum tidur saya telah memberus gigi,
menyalam ibu ayah dan membaca doa sebelum
tidur.
Sekian,terima kasih.
|