Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kebersihan sekolah tanggungjawab bersama, by afhami bin azami
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang afhami bin azami
Title:kebersihan sekolah tanggungjawab bersama
2010-04-01 21:16
            Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati.Dalam perhimpunan ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama'.

Hadirin yang saya hormati,

                         Pihak sekolah memang mengutamakan kebersihan.Sekolah yang bersih akan menyebabkan pembelajaran lebih selesa dan menyeronokkan.Selain itu, kebersihan akan meningkatkan imej sesebuah sekolah.

                        Pihak pentadbir sekolah memang bertanggungjawab untuk merancang dan memastikan kebersihan sekolah.Malahan, di sesetengah sekolah terdapat pekerja yang menjaga kebersihan sekolah.Namun, usaha tersebut tidak berjaya        tanpa kerjasama murid.

Gru-guru dan rakan-rakan sekalian,

                        Murid-murid harus diberi tanggungjawab bersama-sama menjaga kebersihan sekolah.Contohnya, mereka perlu menjaga kebersihan kelas sendiri dan kawasan-kawasan tertentu di sekolah mereka.Penglibatan        murid secara menyeluruh bererti bahawa mereka dididik untuk menjadi insan yang lebih bertangungjawab dalam aspek kebersihan.

                        Masyarakat setempat, terutamanya ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG), tidak harus berpeluk tubuh sahaja        kerana sekolah merupakan tempat anak mereka menuntut ilmu.Mereka juga patut bertanggungjawab dalam kebersihan sekolah.Perkara ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan dari semasa ke semasa.

                 Saya amat yakin bahawa dengan adanya kesedaran dan kerjasama semua pihak, tidak ada sebab sesebuah sekolah tidak boleh menjadi bersih.Sekiranya sesebuah sekolah itu bersih,masyarakat setempat akan berbangga.Setakat ini sahaja syarahan saya pada kali ini.

                        Sekian, terima kasih.


 

Submit a comment:

Name