Welcome!

Contoh Karangan UPSR: melawat Cikgu Zulaikha, by sharwini
Contoh Karangan UPSR
Name:Kuala Lumpur sharwini
Title:melawat Cikgu Zulaikha
2010-11-16 23:51
saya mendapat tahu Cikgu Zulaikha dimasukkan ke hospital kerana sakit buah pinggang. Saya segera mengajak Salwani dan Janet mengunjungi guru tersebut.Inilah caranya untuk menunjukkan kasih sayang kepada guru.

`Patutlah sejak kebelakangan ini wajah Cikgu Zulaikha kelihatan pucat .Kita perlu melawatanya;saya mencadangkan. Salwani dan Janet setuju.

    Tengah hari itu,selepas menghadiri aktiviti kokurikulum, kami bertiga ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang bersama ibu Janet. Kami mencari    wad 8.Kami tiba tepat pada waktu melawat.

    Kami dapat melihat ramai orang di sekeliling katil Cikgu Zulaikha.Mungkin mereka ahli keluarga Cikgu Zulaikha,teka kami. kami melangkah masuk dan Cikgu Zulaikha menerima kedatangan kami dengan senyuman.

    "Tiga serangkai ini anak murid saya dari Enam Bahagian. Tiba-tiba cikgu rasa bahagia sebab ada anak murid yang sudi berkunjung ," Luah Cikgu Zulaikha ajak perlahan. Wajahnya kelihatan agak pucat

    Kami mencium tangannya dengan perasaan terharu.

    Kami berdoa semoga penyakit yang dihidapinya akan segera sembuh. Kami akan meminta rakan-rakan yang lain mengunjungi Cikgu Zulaikha.
 

Submit a comment:

Name