Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Bersukan, by @darshu
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor @darshu
Title:Faedah Bersukan
2010-11-10 18:27
     Aktiviti bersukan amat digalakkan kepada semua golongan masyarakat.Aktiviti bersukan yang berfaedah seperti bola keranjang,bola tampar,tenis dan badminton.

     Apabila kita melakukan aktiviti bersukan,badan kita akan berpeluh dan seterusnya menjadi cergas dan sihat.Tubuh badan yang sihat dapat membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna dan berjaya.Bagi pelajar pula bersukan boleh mencerdaskan otak dan boleh membantu mereka belajar dengan cemerlang.

     Aktiviti bersukan juga boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.Apabila kita melibatkan diri dalam aktiviti bersukan,semangat kesukanan akan dapat dipupuk antara kaum.Pepatah ada mengatakan 'sepakat membawa berkat'.Hal sebegini akan membantu pasukan memenangi acara yang mereka sertai.

     Sehubungan dengan itu,aktiviti bersukan memerlukan para pesertanya menjalani latihan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.Hal sedemekian akan dapat membentuk disiplin diri bahkan juga membentuk sikap optimistik setiap individu.

     Kesimpulannya,semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan aktiviti bersukan dapat dilakukan oleh semua golongan masyarakat di negara ini untuk melahirkan warganegara Malaysia yang sihat.
 

Submit a comment:

Name