Welcome!

Contoh Karangan UPSR: kepentingan komputer masa kini, by nurul huda
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah nurul huda
Title:kepentingan komputer masa kini
2010-11-01 20:48
                    Komputer bukanlah suatu benda yang asing dalam kehidupan pada masa kini.Komputer sudah menjadi keperluan utama kepada generasi pada masa kini.Komputer banyak membantu manusia menyelesaikan keperluan seharian mereka.

                    Pada masa kini , pembelajaran era interaktif menjadi pilihan guru-guru dan murid-murid.Pembelajaran interaktif ialah pembelajaran yang berkonsepkan seni visual , animasi dan tiga dimensi yang dapat dimuatkan dalam cakera padat yang hanya dipaparkan melalui komputer.Murid-murid lebih seronok dan mudah memahami sesuatu kemahiran.Tambahan pula , cakera padat ini mudah disimpan dan digunakan pada bila-bila masa sahaja.

                    Seseorang murid banyak mendapat maklumat apabila melayari internet yang secara umumnya kita tahu boleh digunakan pada bila-bila dan di mana sahaja asalkan ada rangkaian liputan.Apa sahaja maklumat yang kita cari dapat dicapai dengan hanya menaip alamat carian yang dikehendaki.Hal ini sesuai dengan ungkapa "dunia di hujung jari".Maklumat yang didapati dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka.

                     Komputer juga berfungsi sebagai alat untuk menyimpan maklumat-maklumat berkaitan pelajaran , tugasan mahupun peribadi.Seseorang murid dapat menusun dan menyimpan fail tersebut di dalam perisian komputer.Maklumat-maklumat itu dapat disimpan dan digunakan dengan lebih lama.

                     Mereka yang celik dan mahir komputer lebih ke hadapan dalam pelbagai bidang baik bidang pelajaran mahupun pekerjaan.Malah , mereka yang mahir komputer sering ditawarkan pekerjaan yang berpendapatan lumayan.Oleh yang demikian , kursus yang berorientasikan komputer kini menjadi pilihan para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

                     Kesimpulannya , ternyata bahawa komputer ialah teknologi terkini yang wajar kita kuasai apatah lagi kepada murid-murid sekolah.Penguasaan dalam bidang ini mampu melahirkan murid yang berdaya saing dalam arus pendidikan yang semakin global.
 

Submit a comment:

Name