584,kg. Telaga Papan,
21010,Setiu,
Terengganu Darul Takzim
1 September 2010
Menemui sahabatku John di Liverpool, semoga sihat sejahtera selalu.
Sahabatku,
Surat saudara yang bertarikh 20 Ogos 2010 telah selamat diterima. Saya berasa sungguh gembira kerana saudara ingin
mengetahui tempat-tempat menarik di Malaysia.
Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang sangat menarik hati para pelancong.Contohnya,Pulau Langkawi,Pulau Tioman,Pulau Perhentian,dan lain-lain.Pantai di pulau-pulau ini bersih dan indah.
Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Oleh itu, banyak tempat menarik di sini yang boleh dilawati.Antaranya adalah Dataran Merdeka,Muzium Negara,Menara Kuala Lumpur,Menara Berkembar Petronas,dan sebagainya.
Apabila berkunjung ke sini,saudara akan dilayan mesra. Rakyat Malaysia sangat peramah dan murah dengan senyuman.
Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.Saya berharap saudara berpuas hati dan akan datang ke Malaysia suatu hari nanti.
Yang ikhlas,
farah |