Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Nasi Sudah Menjadi Bubur., by khatijah mustafa zubedy.
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah khatijah mustafa zubedy.
Title:Nasi Sudah Menjadi Bubur.
2010-10-29 18:39
Aku dan adik lelakiku yang berusia 10 tahun meneruskan juga rancangan kami estela tertangguh beberapa kali.Apa yang mahu kami lakukan ialah memancing ikan puyu di sebuah kolam terbiar di hujung kampung.

Kami telah membuat tinjauan ke kolam tersebut beberapa kali dan mendapati bahawa memang ada banyak ikan di dalam kolam tersebut.Adik mencadangkan kepadaku supaya memaklumkan kepada ibu hasrat kami,tetapi aku membantah.Aku bimbang kami tidak akan mendapat kebenaran berbuat demikian.

Aku dan adikku tiba di kolam tersebut pada pukul 4.30 petang.Kami mula memancing.Umpan telur kerengga yang kubawa memang hidangan yang menyelerakan buat ikan-ikan puyu di situ .Dalam tempoh setengah jam sahaja,bekas ikan kami hampir penuh.Aku mula berangan-angan untuk memakan ikan puyu gulai tempoyak.

Tiba-tiba aku terdenger bunyi dentuman di dalam air.Rupa-rupanya adikku telah terjatuh tergelincir ke dalam kolam.Aku menjadi panik apabila,melihat adikku tenggelam timbal sambil meminta pertolongan.Aku menjerit meminta tolong sekuat hati.Aku ingin menyelamatkannya tapi aku tidak pandai berenang.Keadaanku yang sangat panik menyebabkan aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Mujur ada seorang lelaki yang lalu di situ mendengar jeritanku.Dia segera terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan adikku yang telah tenggelam.Aku terpaku sambil mengharapkan lelaki itu sempat menyelamatkan adikku dengan harapanyang menggunung.Hatiku sedikit lega lelakiitu timbul bersama-sama adikku.

    

Aku meraung sekuat hati apabila lelaki itu menarik adikku ke tepi dan memaklumkan adikku tidak dapat diselamatkan .Aku tidak dapat menerima kenyataan yang adikkusudah tiada lagi di dunia ini lagi selama-lamanya.

Kini,segala-galanya sudah terlambat,nasi sudah menjadi bubur.Memang aku berasa sangat kesal tetapi apakan daya kerana sesal dahulu pendapatan,sesal sekarang tiada gunanya.

    


 

Submit a comment:

Name