Welcome!

Contoh Karangan UPSR: \"Anak-anak haruslah menghormati ibu bapa dan mengharigai jasa mereka.\", by Khairul Haziq
Contoh Karangan UPSR
Name:Sabah Khairul Haziq
Title:\"Anak-anak haruslah menghormati ibu bapa dan mengharigai jasa mereka.\"
2010-10-26 00:58
    

    Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan kita.Sejak kecil lagi,kita diasuh dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh insan-insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita.

    Oleh itu,sewajarnya kita mengembirakan hati mereka.Sebagai anak,kita berkewajiban mendengar kata-kata ibu bapa.Nasihat dan teguran mereka adalah untuk kebaikan kita juga.Sebagai ibu dan bapa,sudah tentu mereka mahu sesuatu yang terbaik buat anak-anak mereka.

    Selain itu,kita janganlah melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh ibu bapa.Hal ini demikian kerana perkara yang tidak baik akan menyebabkan mereka berasa susah hati.Sudah tentu,hal ini akan mengganggu tugasan harian mereka.

     Kita juga hendaklah belajar bersungguh-sungguh agar mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.Kejayaan seumpama itu merupakan hadiah yang paling berharga untuk ibu bapa yang begitu banyak berkorban kepada kita.

    Akhir sekali,sebagai anak kita haruslah membantu ibu bapa membuat kerja rumah khususnya pada hari cuti.Sikap tersebut bukan sahaja dapat meringankan beban mereka,malah dapat menggembirakan mereka serta mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga.

    Oleh itu,sewajarnya kita sebagai anak melakukan perkara-perkara yang dapat menceriakan hati ibu bapa kita.Anak yang baik ialah anak yang menyenangkan hati kedua-dua orang tuanya.Tanpa ibu bapa siapalah kita.


 

Submit a comment:

Name