Welcome!

Contoh Karangan UPSR: MALANG TAK BERBAU, by MAISARAH
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor MAISARAH
Title:MALANG TAK BERBAU
2010-10-24 17:42
Pada hari Sabtu yang lalu, ada seorang budak yang bernama Hadif.Dia seorang budak yang nakal.Hadif tidak pernah mendengar nasihat ibunya.Dia dan kawan-kawanya pergi mandi di sungai.Puas ibunya berleter,segala nasihat ibunya dia tidak memperdulikan umpama masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.

    Semenjak ayahnya meningal dunia,perangainya bertambah liar.Ibunya berdoa siang malam agar hatinya lembut.

    Pada suatu petang,seperti biasa Hadif mengajak tiga orang kawanya bermandi-manda di sungai.Cuaca pada hari itu sangat panas.Mereka berempat sangat seronok bermain air di dalam sungai itu.

    Tiba tiba tanpa mereka sedar,sebatang pokok yang besar dan tua tumbang ke arah mereka.Pokok itu menghempap Hadif,Hadif menjerit kesakitan.Ketiga-tiga kawannya cuba menarik Hadif keluar dari batang pokok yang tumbang.Setelah    berusaha bersungguh-sungguh Hadif berjaya di selamatkan.

    Tetapi Hadif tidak boleh berjalan kerana kakinya luka teruk.Kawannya membawa Hadif pulang ke rumah.Ibunya terkejut dan terus membawanya ke hospital.

    Hadif terlantar di hospital selama beberapa hari kerana kakinya patah.Inilah akibat tidak mendengar nasihat ibu.


 

Submit a comment:

Name