Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Sekaki Payung, by Nana(BARU)
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah Nana(BARU)
Title:Aku Sekaki Payung
2010-10-23 00:58
Aku sekaki payung.Aku dilahirkan di sebuah negara yang besar iaitu China.Aku di eksport ke sebuah negara yang bernama Malaysia.Aku menaiki kapal laut untuk ke Malaysia.

Aku diperbuat daripada kain yang bermutu tinggi.Kerangka badanku diperbuat daripada aluminium yang tidak mudah berkarat

untuk memuaskan hati pengguna.Badanku amat cantik dan berwarna merah jambu.Terdapat pelbagai corak bunga di kain pada badanku.

Aku dan kawan-kawanku di hantar ke sebuah kedai menjual payung di sebuah kompleks membeli belah.Suatu hari,aku dibeli oleh seorang gadis yang sangat cantik.Gadisitu bernama Allesya.Aku dibeli dengan harga yang berpatutan.Aku disayangi dan dijaga dengan baik.                                                    

Allesya sering membawaku ke kolej.Di kolej aku dipuji oleh rakan-rakan Allesya.Ada juga yang cemburu,teruja dan macam-macam ragam.Ke mana kami pergi pasti akan berlaku perkara-perkara yang melucukan.Allesya kini hampir tamat pengajiannya.Aku berharap diaakan berjaya.

Aku berjanji akan terus berkhidmat selagi khidmatku diperlukan.Dan aku berharap kawan-kawanku gembira bersama tuan baru mereka.                                                                                                                                                    
 

Submit a comment:

Name