Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku Seorang Budak Yang Nakal, by adibah
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis adibah
Title:Aku Seorang Budak Yang Nakal
2010-03-25 21:07
        Dahulu aku seorang murid yang degil.Aku langsung tidak mendengar nasihat ibubapaku.Di sekolah juga aku tidak disukai oleh guru-guru dan rakan-rakanku kerana sikapku yang buruk

        Aku juga sering membuat ibuku menitiskan air mata kerana aku.Pernah sekali aku bersama rakan-rakan pergi mandi sungai di hujung kampung.Sedang asyik bermandi-manda ayah ternampak aksi aku dan rakan-rakan.Ayah mengajak aku pulang..Sampai dirumah,aku dimarahi oleh ayah.Tetapi aku tetap degil dan tidak sedar akan kesalahanku.

        Pada suatu hari,aku dan rakan-rakanku bercadang untuk mencuri buah-buahan di rumah Mak cik Esah.Tidak sempat aku memetik buah mempelam itu,tiba-tiba Mak cik Esah muncul di hadapan pintu dengan muka yang marah.Mak cik Esah menceritakan tentang kelakuan aku itu.Ibuku menasihati aku,tetapi aku tetap abaikan.

        Pada suatu petang,aku mengajak rakan-rakanku berlumba basikal didalam kampung,kerana hasrat aku untuk menang aku terus melajukan basikalku.Tanpa aku sedari,aku terjatuh kedalam sungai.Rakan-rakanku lari untuk mendapatkan pertolongan.

        Apabila aku sedar,aku berasa sangat bersyukur kerana Allah masih memanjangkan usiaku.Sekarang aku ingin menjadi anak yang baik dan mendengar nasihat ibubapa.Aku terlantar di hospital selama seminggu.Kejadian itu telah menyedarkan aku agar mendengar nasihat ibubapaku.
 

Submit a comment:

Name