Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Sehari Selembar Benang,Lama-Lama Menjadi Kain, by ArvinKumar A/L K.Mohan
Contoh Karangan UPSR
Name:Johor ArvinKumar A/L K.Mohan
Title:Sehari Selembar Benang,Lama-Lama Menjadi Kain
2010-10-06 00:59
        Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik.Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk belajar,nasihat,membimbing dan menyindir.Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik.  
 
         Antara beribi-ribu peribahasa yang menarik ialah "Sehari Selembar Benang,Lama-Lama Menjadi Kain.Peribahasa ini juga membawa maksud sesuatu pekerjaan yang dilakukan beransur-ansur tetapi akan mendapat kejayaan.Peribahasa ini membawa maksud yang sama dengan peribahasa "Sedikit Sedikit,Lama-Lama Menjadi Bukit.  
 
            Sebagai contoh,seorang pelajar yang gagal dalam pelajaran akhirnya akan berjaya jika mengamalkan mesej dalam peribahasa ini.Wang juga boleh dijadikan sebagai contoh kerana kita haruslah menyimpan wang dari sedikit demi sedikit.Wang yang dikumpul boleh digunakan pada masa hadapan.  
 
             Dalam kehidupan pula,bagi seseorang yang berpengang kepada peribahasa ini akan berjaya dalam hidupnya.Kita boleh lihat ramai usahawan berjaya pada hari ini bermula dari bawah menggunakan peribahasa ini.  
 
             Jadi jelas kepada kita bahawa peribahasa ini benar-benar memberi dorongan kepada kita supaya berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.
 

Submit a comment:

Name