Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Cara-cara untuk membalas jasa ibubapa kita, by Miza Nurdini
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Miza Nurdini
Title:Cara-cara untuk membalas jasa ibubapa kita
2010-09-29 03:00
                Cara-cara untuk Membalas Jasa Ibu Bapa Kita  
 
        Sesudah lebih sembilan bulan dikandung ibu,dengan izin Allah, kita pun lahir di dunia. Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita perlu membalas segala pengorbanan mereka.  
 
        Sebagai membalas pengorbanan mereka, kita perlu bersungguh-sungguh belajar. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran, bukan longgokkan wang ringgit.  
 
        Kita wajar mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila kita bertutur dengan mereka, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat perlu didengari dengan teliti, bukan disanggahkan menyebabkan mereka sakit hati, bagai dihiris dengan sembilu.  
 
         Kita juga perlu bersikap tangan terbuka. Seharian mereka mencari nafkah untuk keluarga. Jadi, jika ada kelapangan, hulurkan bantuan kepada ibu bapa kita seperti menyiram pokok bunga, membasuh kereta, membasuh pinggan dan sebagainya.  
 
         Hubungan kita dengan adik-beradik perlu dieratkan, bagai isi dengan kuku. Ini bermakna kita perlu bertolak ansur jangan hanya mementingkan diri. Contohnya, sebagai abang, kita perlu mengalah kepada adik-adik, jangan hanya tahu menarahkan mereka sahaja.  
 
         Kita juga tidak wajar mendesak ibubapa kita memenuhi apa yang kita ingini. Kemampuan ibubapa kita jangan dibandingkan dengan orang lain. Jadi kita perlu mengukur baju di badan sendiri, agar kita tidak dianggap bagai kacang terlupa kulit.  
 
         Sesungguhnya pengorbanan ibubapa kita tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Dengan kemampuan yang terhad, berusahalah kita membalas jasa ibu bapa kita. Jangan sekali-kali mengecewakan ibu bapa kita.  
 
              
        
 

Submit a comment:

Name