Welcome!

Contoh Karangan UPSR: KEBAIKAN MENABUNG - SYARAHAN, by NUR ALIAH ATHIRAH BT MOHD ARSAD
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor NUR ALIAH ATHIRAH BT MOHD ARSAD
Title:KEBAIKAN MENABUNG - SYARAHAN
2010-09-24 13:34
     Yang dihormati, Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seksyen 27(2) Shah Alam, Guru - guru serta rakan - rakan seperjuangan yang dikasihi sekelian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Kebaikan Menabung".  
 
Warga dewan yang dikasihi sekalian,  
     Telah kita ketahui bahawa amalan menabung sememangnya memberikan kita banyak kebaikan. Pada masa kini, ramai ibubapa mengambil langkah yang bijak dengan menanamkan sikap suka menabung dalam diri anak masing - masing. Semua ini dilakukan setelah menyedari bahawa menabung akan membuatkan masa depan anak - anak lebih terjamin. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya".  
 
Hadirin dan hadirat sekalian,  
     Amalan menabung dalam diri anak - anak adalah penting kerana ianya boleh memupuk nilai - nilai murni seperti brdisiplin dan berdikari. Impaknya, jikalau ada keinginan untuk membeli sesuatu keperluan, maka kita tidak perlulah membebankan ibubapa untuk memenuhi kehendak kita.  
 
     Selain itu, pelbagai pihak media mula membuat aktiviti - aktiviti yang mendorong kanak - kanak menabung dengan matlamat hendak meringankan masalah kewangan ibubapa. Sebagai contoh, Bank Rakyat mewujudkan kelab Nuri yang bertujuan melatih kanak - kanak menabung dengan cara yang betul. Hasilnya, apabila dewasa kelak, amalan menabung akan berlanjutan sehinggalah generasi yang seterusnya.  
 
Hadirin yang dikasihi,  
     Pada zaman siber yang semakin mencabar ini, ramai orang terpaksa berhutang dengan peminjam tidak berlesen seperti "Ah Long" atau "Ceti Haram", gara - gara memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, amalan menabung boleh menyelamatkan diri kita daripada menjadi orang yang mempunyai hutang keliling pinggang.  
 
     Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, ingin saya tegaskan bahawa amalan menabung mesti diterapkan dalam diri setiap orang kerana ianya ternyata memberi manfaat kepada orang ramai.  
 
    Sebelum itu, saya ingin menyampaikan serangkap pantun yang dicipta khas sempena tajuk syarahan iaitu;  
                      
                     Ayah ke kedai membeli halia,  
                     Halia dibeli di kedai Pak Hassan,  
                     Amalan menabung amalan yang mulia  
                     Harus diamalkan setiap insan.  
 
     Sekian dan terima kasih.
 

Submit a comment:

Name