Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sebuah kasut, by Janice.L
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Janice.L
Title:Aku sebuah kasut
2010-09-22 01:34
    Aku ialah sepasang kasut sukan.Aku berjenama Adidas.Aku berwarna merah dan putih.Saiz aku 7.Aku diperbuat daripada kain kanvas berlapikkan dan bertapak getah.Untuk lebih berdaya tahan,benang digunakan dan dijahit kukuh supaya tahan lama.Aku dilahirkan di sebuah kilang kasut yang terletak di England.  
    Untuk lengkap menjadi sepasang kasut sukan tidak semudah yang disangka.Setelah siap diproses, Aku dimasukkan ke dalam kotak untuk pembungkusan dan penghantaran.Aku dibawa bersama=sama rakan-rakanku untuk dieksport ke sebuah negara yang indah, iaitu Malaysia.Aku datang ke sini melalui jalan air dengan kapal.Aku berasa tidak selesa dan takut semasa berada di dalam kotak kerana kotak itu gelap dan sempit.Aku gelisah seperti cacing kepanasan.Sepanjang perjalanan, aku mabuk laut kerana kapal terumbang-ambing di permukaan air.  
    Setelah tiba, aku dihantar ke sebuah kedai kasut yang terletak di Submit.Kedai kasut itu bernama Sport world.Sebagai model yang terbaru,aku dipamerkan di bahagian depan kedai rak kaca di atas rak kaca.Aku diletakkan tanda harga.Aku berkenalan dengan rakan-rakan yang berjenama lain seperti Nike,Puma,Yonex,Power,Calton dan lain-lain.Aku berada di kedai itu selama tiga hari.Para pengunjung bertali-arus mengunjungi kedai itu untuk melihat dengan lebih dekat rekaan terbaru di pasaran.Kebanyakan daripada pengunjung kedai itu pemuda.Banyak orang berminat terhadapku tetapi tidak ada seorang pun yang mampu membeliku.Aku sedar bahawa hargaku mahal.Aku berasa kecewa.  
    Pada suatu petang,datang seorang pemuda ke kedai itu.Sebaik pemuda memasuki kedai itu,matanya terus melirik ke arahku,terus tercapainya aku.Dia asyik membelek-belekku.Dia tertarik akan reka bentuk dan kualiti yang aku miliki.Aku disarungkan pada kakinya.Jantungku berdebar-debar.Terbukti kakinya memang padan denganku.Aku berasa puas dengan reka bentukku.Dia membeliku dengan harga RM250.Aku gembira kerana bertuan.Aku dibawa menaiki kereta menuju ke rumah tuanku.  
    Setiba di rumah,barulah aku tahu tuanku bernama Lee Chong Wei.Dia berumur 26 tahun.Dia mengambil berat terhadapku.Dia seorang pemain badminton yang terkenal.Aku gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan baharuku di samping membantunya mengharumkan nama negara.Dia memuji kecekapanku.Selepas digunakan,badanku akan dibersihkan dan disimpan di atas para-para kasut.Aku bangga kerana mempunyai seorang tuan yang amat menyayangiku.Tuanku membersihkan badanku seminggu sekali.  
    Tuanku selalu menemani tuanku menyertai pertandingan Thomas Cup.Dia bermain dengan penuh bersemangat.Setiap pukulan dilakukan dengan hebat.Tetapi malang tidak berbau,tuanku cedera parah akibat pihak lawan cemburu terhadap kejayaannya.Mereka menyebabkan dia terjatuh.Kaki tulangnya retak.Darah tuanku membasahi badanku.  
    Aku menjerit kesakitan tetapi jeritanku tidak bermakna.Tuan,u menjerit dengan suara yang melampau.Jurulatih menghantarnya ke hospital.Semasa diberi rawatan di bilik kecemasan,tuanku diberitahu bahawa pasukannya sudah kalah.Dengan perasaan membara,dia menuduhku punca kekalahan pasukannya.Aku dicampak ke suatu penjuru bilik kecemasan.Hatiku bagai dihiris dengan sembilu.Aku dibuang ke dalam tong sampah.  
    Aku kelihatan hodoh kerana dibuang ke dalam tong sampah.Badanku berbau hanyir.Aku tidak berguna lagi.Dia menggantikanku dengan kasut yang lain.Aku tergolong dalam kumpulan sampah-sarap.Walaupun aku dibuang ke dalam tong sampah,namun aku tetap berasa bangga kerana pernah menabur jasa kepada tuanku.Begitulah riwayat hidupku sebagai sepasang kasut.
 

Submit a comment:

Name