Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap, by AQILAH
Contoh Karangan UPSR
Name:Pahang AQILAH
Title:Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap
2010-09-21 19:32
                Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap  
      
        Pada cuti penggal yang lalu,Pasukan Pengakap sekolah telah mengadakan satu perkhemahan bertempat di tapak perkhemahan Ulu Yam berhampiran sebatang sungai.Perkhemahan  
tersebut telah dijalankan selama empat hari.  
        Seramai 40 orang ahli pengakap dan 10 orang guru telah terlibat bagi menjayakan aktiviti ini.Peserta yang terlibat  
telah berkumpul di sekolah.Sebelum bertolak,peserta telah diberikan satu taklimat ringkas oleh guru penasihat.Pada pukul 8.00 pagi peserta bertolak ke tapak perkhemahan dengan menaiki sebuah bas disewa khas.  
        Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut.Antara aktiviti yang dijalankan ialah meredah hutan dengan menggunakan kompas,pertandingan pertolongan cemas dan cara-cara membuat simpulan dan ikatan.Aktiviti yang dijalankan itu bertujuan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.  
         Aktiviti yang paling mencabar dan sukar ialah meredah hutan kerana aktiviti tersebut dijalankan ketika hujan lebat.Ramai peserta mengalami luka-luka kecil ketika menuruni bukit yang curam.  
            Banyak manfaat yang diperoleh peserta sepanjang perkhemahan tersebut.Peserta dapat membina keyakinan diri serta berfikiran positif di samping dapat mengeratkan kerjasama dan semangat setia kawan.  
             Perkhemahan berakhir pada jam 12.00 tengah hari pada hari yang keempat.Selepas berkemas dan menurunkan khemah,peserta telah dibawa ke sekolah dengan menaiki bas.Aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya dan berharap agar aktiviti ini dapat diadakan pada tahun yang akan datang.  
 
Disediakan oleh,                                     21 SEPTEMBER 2010  
 
 
 
........................  
(NURUL AQILAH BINTI MOHD MUSA)  
Setausaha Pasukan Pengakap,  
Sekolah Kebangsaan Sentosa.    
 

Submit a comment:

Name