Welcome!

Contoh Karangan UPSR: laporan pameran antidadah , by diyna
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor diyna
Title:laporan pameran antidadah
2010-03-22 01:50
                            LAPORAN PAMERAN ANTIDADAH

     Pada 26 Januari 2010,pameran antidadah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan USJ 20.Pameran ini telah dianjurkan oleh Persatuan Antidadah Kebangsaan.

    

     Pameran antidadah diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang bahayanya pengambilan dadah secara berlebihan.Tempoh aktiviti diadakan selama 4 hari.

     Pameran antidadah itu dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Antidadah Kebangsaan, Encik Faizal. Encik Faizal menasihati kami supaya jauhkan diri daripada dadah. Kmai juga diberi taklimat tentang kesan-kesan mengambil dadah.

     Pelbagai aktiviti telah diadakan semasa pameran berlangsung. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti pertandingan mewarna , kuiz dan sedikit lakonan daripada penasihat-penasihat Persatuan Antidadah Kebangsaan. Kami juga dapat menyaksikan video tentang kesan pengambilan dadah.

     Faedah yang diperoleh ialah dapat mengerat lagi hubungan sesama keluarga, mengurangkan kes kematian yang semakin meningkat sekiranya dadah dijauhkan. Pameran ini juga dapat memupuk mint murid-murid supaya menjauhkan pengambilan dadah .

     Kami berasa amat gembira kerana diberi peluang melihat pameran ini. Kami juga berharap agar pameran sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang .

Disediakanoleh ,                    30 Januari    2010                                                                                                            

DIYNA

(DIYNA)                                                                                                                                    

Setiausaha Kelab Bimbingan Kaunseling,

Sekolah Kebangsaan USJ 20.


 

Submit a comment:

Name