Welcome!

Contoh Karangan UPSR: gotong royong di rumah, by Kishalini Manimaren
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Kishalini Manimaren
Title:gotong royong di rumah
2010-03-21 18:59
            Sejak akhir akhir ini,Navinesh tidak dapat dengan lena.Tidurnya sering terganggu oleh gigitan nyamuk.Navinesh tidak mahu membiarkan masalah itu berpanjangan.

             Pada malam itu,Navinesh menerangkan masalah yang dihadapinya kepada keluarganya.Rupa rupanya mereka juga mengalami masalah yang sama.Mereka pun mencapai kata sepakat untuk bergatong royong membersihkan kawasan rumah.

                Keesokan harinya,Navinesh dan keluarnya membersihkan kawasan rumah mereka.Semua tin dan botol kosong yang menakung air dikumpulkan lalu ditanam di dalam lubang.Kakak Navinesh pula menukang air di dalam setiap takungan pasu bunga.Longkang di hadapan rumah yang tersumbat juga dibersihkan oleh abang Navinesh.Jadi, aliran air menjadi lancar,sekali gus menghalang pembiakan nyamuk.

                 Navinesh gembira kerana kawasan sekitar rumahnya kelihatan bersih.Tidurnya tidak diganggu oleh nyamuk lagi.Kesihatan ahli keluarganya juga lebih terjamin.
 

Submit a comment:

Name