Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Terima Kasih Cikgu Azma, by Nur Wahida
Contoh Karangan UPSR
Name:Perlis Nur Wahida
Title:Terima Kasih Cikgu Azma
2010-03-18 19:25
    Aku anak yatim piatu.Ibu bapaku telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.Nenekku pula sudah uzur.Oleh sebab itu,aku terpaksa tinggal dengan Mak Yah,iaitu ibu saudaraku.

Mak Yah sangat garang.Dia tidak menyukaiku.Aku sering dimarahi dan dipukul olehnya.Aku disuruh membuat kerja-kerja rumah sehinggakan untuk mengulangkaji pelajaran pun tidak di benarkan.

Apabila keputusan peperiksaan diumumkan,ternyata keputusanku merosot.Aku diberhentikan sekolah.Menurut Mak Yah,aku hanya menghabiskan duitnya saja.Aku berasa sedih sekali.Nampaknya cita-citaku untuk menjadi jurutera tidak akan kesampaian.

Cikgu Azma simpati akan nasib yang menimpa diriku.Lantaran mendengar ceritakuyang malang,beliau dengan rela mengambil aku sebagai anak angkatnya.Kini aku gembira dapat bersekolah semula.

Aku berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.Aku akan belajar bersungguh-sungguh.Aku tersenyum puas.Kini tiada lagi cercaan.Terima kasih Cikgu Azma.


 

Hq, (2016-05-25 23:53)
Bagus
 
Hq, (2016-05-25 23:53)
Bagus
 
Submit a comment:

Name