Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Aku sepasang kasut sekolah., by lily
Contoh Karangan UPSR
Name:Kedah lily
Title:Aku sepasang kasut sekolah.
2010-03-12 15:07
    Namaku Palas .Aku dilahirkan di sebuah kilang di Serembang. Aku dihantar ke sebuah kedai kasut .

    Sepanjang perjalanan ke kedai kasut itu,aku menyemai harapan agar aku mendapat seorang tuan yang baik hati.

    Selama dua hari di kedai kasut itu ,aku berkenalan dengan rakan-rakanku yang terdiri daripada pelbagai jenama dan rupa. Akhirnya,pada hari keempat aku dibeli oleh seorang budak perempuan kerana keunikan bentuk badanku .Budak perempuan itu sangat comel.

    Aku dibawa pulang ke rumahnya.Aku dapati rumahnya sentiasa bersih dan cantik.Aku diletak di atas sebuah rak kasut yang terdiri oleh pelbagai jenis kasut.

    Setiap pagi, tuanku akan menyarungkan kakinya ke dalam badanku sebelum dia pergi ke sekolah.

    Sampai di sekolah tuanku menunjuk aku kepada kawan-kawanya.Dia berasa bangga kerana dapat memiliki aku .Kawan-kawanya teruja dan memuji tuanku apabila melihat tubuhku yang cantik ini.

    Setelah setahun berlalu,badanku comot dan tidak muat lagi untuk tuanku.Aku tahu khidmat aku sudah tidak diperlukan lagi oleh tuanku.Walaupun aku sudah tidak diperlukan lagi,aku disimpin dengan baik oleh tuanku.Akhirnya, tuanku membeli kasut baru yang jauh lebih baik daripada aku.Aku berasa bangga kerana dapat memberi khidmat kepada tuanku.


 

Submit a comment:

Name