| Sebagaimana yang kita ketahui, semua orang mengenali dan mengetahui tentang permainan tradisional. Dinegara kita, terdapat pelbagai jenis permainan tradisional seperti permainan gasing, congkak, wau, batu seremban dan lain-lain lagi.
Permainan tradisional ini, jarang di praktik kan oleh golongan muda zaman kini. Adalah penting bagi kita untuk terus menyambung permainan ini. Permainan tradisional sangat unik dan menghiburkan. Lagi pun permainan seperti ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Ia dapat di mainkan oleh semua golongan. Jadi kita tidak boleh melupakan tradisi ini. Permainan tradisional ini juga dapat membantu kita untuk menarik perhatian para pelancong yang datang dari luar-negara. Kita dapat memperkenalkan kepada mereka tentang keunikan dan keistimewaan permainan tradisional negara kita. Ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan jumlah pelancong yang datang ke negara kita.
Sesungguhnya permainan tradisional sangat penting dan sesuatu yang amat menarik. | Views by members: | 2 | | Total Readers: | 496 | | Today's Readers: | 2 | | Today's XP: | 15 |
|