Welcome!

Contoh Karangan UPSR: berkelah di pantai merdeka, by Sharifah Madihah
Contoh Karangan UPSR
Name:Kelantan Sharifah Madihah
Title:berkelah di pantai merdeka
2010-03-01 22:12
    Pada hujung minggu yang lalu,saya dan keluarga telah berkelah di Pantai Merdeka.Kami bertolak awal pagi dengan menaiki kereta.Sepanjang perjalanan,kami berasa gembira.

    Setelah hampir satu jam,Kami pun tiba ditempat yang dituju.Walaupun masih awal,ramai pengunjung telah sampai di pantai tersebut.Kami sekeluarga segera mencari tempat yang sesuai untuk membentang tikar.

    Setelah menukar pakaian,saya,abang,kakak dan ayah segera ke pantai untuk mandi-manda.Kami juga membina istana menggunakan pasir pantai.Apabila tengah hari,kami menjamah bekalan untuk makan tengah hari.Sambil makan,kami berehat dan mendengar radio.

    Saya,kakak dan abang menuju ke pantai untuk mandi-manda sekali lagi.Setelah puas mandi,kami bertiga mengutip kulit siput yang cantik untuk di bawa pulang kerumah.

    Ibu memanggil kami supaya bersiap-siap pulang kerana hari sudah petang.Kami mengutip semua sampah dan membuangnya kedalam tong sampah yang berhampiran.

    Sebelum pulang,kami melawat ke kedai menjual cenderamata.Kami membeli beberapa cenderamata untuk di bawa pulang ke rumah.Walaupun penat,kami sekeluarga amat gembira
 

syahirah binti ismail, (2016-04-17 00:09)
cantik la karangan ni...
 
Submit a comment:

Name