Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Karangan Ucapan "Anugerah Kelas Terbersih"., by Akmal Fahmi
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Akmal Fahmi
Title:Karangan Ucapan "Anugerah Kelas Terbersih".
2010-02-28 01:33
             Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada

Guru Besar,Guru penolong kanan [HEM] hal ehwal murid,guru penolong kanan Koko,guru-guru,serta rakan-rakan yang saya

kasihi sekalian.Terlebih dahulu saya selaku ketua kelas Tahun Enam Bestari ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan Anugerah Kelas Terbersih untuk tahun ini kepada kelas kami.

             Pada kesempatan ini,saya mengucapkan terima kasih

kepada guru kelas kami,Cikgu Nadia kerana banyak memberi

bantuan dan dorongan kami.Saya juga ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana

kejayaan ini adalah hasil,usaha,kerjasama,dan disiplin yang

ditunjukkan selama ini.

             Seawal jam 7:00 pagi,sudah ada murid di kelas kami yang beraa di kelas untuk menjalankan tugas membersihkan

kelas kami.Rutin harian yang dilakukan ialah membersihkan

kelas sebelum perhimpunan bermula atupun sesi persekolahan

bermula.

                Selain itu,kami juga telah menyediakan satu ruangan untuk di belakang kelas.Kami meletakkan buku-buku cerita

dan bahan bacaan akademik di sudut itu untuk dijadikan tempat membaca buku-buku.Ruangan itu kami hias supaya

kemas,cantik dan kelihatan menarik.

                Saya juga berbangga dengan disiplin yang ditunjukkan

rakan-rakan sekelas Tahun Enam Bestari .Disiplin memainkan peranan yang penting untuk megejar kejayaan.Mereka mempunyai

disiplin yang tinggi kerana mematuhi jadual tugasan

membersihkan kelas yang telah dibuat.Kerjasama dalam

melakukan tugas juga ditunjukkan.Saya berharap agar sikap

yang ditunjukkan ini dapat menjadi teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain.

                Sebelum saya mengakhiri ucapan saya,sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana

memilih kelas kami sebagai kelas terbersih tahun ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas

Tahun Enam Bestari.Kejayaan ini bukanlah kejayaan saya,

tetapi kejayaan ini adalah milik kita semua.Sekian Terima Kasih.
 

Submit a comment:

Name