Kampung Tanjung Alir,
22000, Jerteh,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________
Pengurus Pemasaran,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,
64 & 66, Jalan Pingai,
80400, Johor Bahru. 14 OKTOBER 1998
Tuan,
Memesan Buku
Merujuk kepada perkara di atas, saya Ummu Atiyah Bt. Abd. Fatah telah terbaca iklan dalam akhbar tentang beberapa buah buku cerita terbitan syarikat tuan.
2. Sehubungan itu, saya ingin memesan beberapa buah buku cerita tersebut seperti berikut :
Bil. Judul Buku Kuantiti Harga Seunit
1. Misteri Kapal Tenggelam 1 RM 3.60
2. Misteri Patung George 1 RM 3.60
3. Rahsia Rumah Tua 2 RM 4.00
Jumlah RM 11.20
3. Sehubungan dengan itu, saya sertakan kiriman wang pos bernombor 107 yang bernilai RM 11.20. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan hantaran buku tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
( UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH )
Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan ke pameran buku.
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu.
________________________________________________________________
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darau,
22000, Jerteh,
Terengganu. 15 OKTOBER 1998
Tuan,
Memohon Kebenaran Membuat Lawatan
Dengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.
2. Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan sudah pun mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.
Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :
Tarikh : 17.10.1998
Masa : 10.00 pagi
Ahli : 21 orang termasuk 2 guru pengiring
Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
( NORAINI BT. IBRAHIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu. |