Welcome!

Contoh Karangan UPSR: HOBI SAYA, by HANA NANA
Contoh Karangan UPSR
Name:Pulau Pinang HANA NANA
Title:HOBI SAYA
2010-02-26 17:56
     Hobi saya membaca.Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang informatif seperti surat khabar,buku-buku yang berunsur pengatahuan dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui.

     Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu.Tambahan pula,ibu bapa saya memang menggalakkan saya membaca.Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa saya mengikuti jejak keduua-dua ibu bapa saya yang rajin membaca.Mereka bukan sahaja membelikan saya majalah yang berunsur pengatahuan malahan sering membawa saya ke pameran buku.Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah yang bermutu dan informatif.

     Saya juga gemar membaca kerana saya menanam cita-cita untuk menjadi guru.Untuk menjadi guru yang baik,kita haruslah mempunyai ilmu pengatahuan yang luas.Ilmu tersebut sudah tentu akan dapat di manfaatkan oleh murid-murid kita.Guru yang berpengatahuan luas sudah tentu dihormati dan sentiasa disanyagi oleh murid-muridnya.

    Sesungguhnya,banyak kebaikkan yang diperolehi melalui membaca.Yang tentu kita sentiasa mendapat maklumat terkini tentang sesuatu perkara di samping menambahkan ilmu pengatahuan dalam pelbagai bidang.Selain itu,masa kita juga turut terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah.Dengan itu,tidaklah kita terjerumus ke dalam gejala sosial yang memudaratkan hidup kita.

    Oleh itu,saya ingin mengingatkan kawan-kawan supaya memilih hobi yang baik dan mendatangkan faedah.Kenalilah kelebihan dan bakat yang ada pada diri kita.Pupuklah bakat tersebut dan suburkannya dengan azam yang kuat untuk berjaya dengan cemerlang.

            
 

Submit a comment:

Name