Welcome!

Contoh Karangan UPSR: Faedah Pusat Sumber, by Akmal Fahmi
Contoh Karangan UPSR
Name:Selangor Akmal Fahmi
Title:Faedah Pusat Sumber
2010-02-23 19:14
             Pusat sumber boleh diibaratkan sebagai gedung ilmu.Ia kerana pusat sumber banyak menyediakan sumber ilmu.Contohnya,buku cerita, buku rujukan,surat khabar,buku novel dan sudut sudut khas.

             Antara-antara faedah pusat sumber yang pertama,ialah pusat sumber tempat menimba ilmu.Di pusat sumber terdapat pelbagai ilmu di sana.Contohnya,ilmu pengetahuan dan ilmu agama.

             Faedah pusat sumber yang kedua ialah pusat sumber tempat melahirkan insan yang berilmu.Orang yang rajin membaca akan mendapat ilmu pengetahuan.Contohnya,jika kita mendapat banyak ilmu kita boleh menjadi doktor,guru,polis,arkitek dan bomba.

             Faedah pusat sumber yang terakhir ialah mengelakkan murid dari membuang masa dengan kerja yang sia-sia.Kita hendaklah tidak membuat pekara yang tidak sepatutnya dibuat.Contohnya,mengelakkan murid-murid dari memonteng sekolah.

             Kesimpulannya,pusat sumber mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan banyak faedahnya.Pusat sumber dapat melahirkan isan yang berilmu.Bak Kata Pepatah,carilah ilmu hingga kenegeri Cina.Oleh itu marilah membaca.


 

Submit a comment:

Name